Featured post

Selamat datang ke LANDASAN

LANDASAN diwujudkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan sektor pengangkutan di Malaysia kepada pengguna, khususnya rakyat Malaysia dan juga pelancong yang datang ke Malaysia. Sila rujuk menu di bahagian atas laman untuk meneroka LANDASAN dengan lebih lanjut.

Untuk maklumat yang lebih terkini, anda disarankan untuk melihat laman LANDASAN (English) kami di http://landasan.info.

English users: Visit our English language page by clicking here.

LANDASAN QuickAccess

Untuk kemudahan anda, kami telah melancarkan LANDASAN QuickAccess. Dengan QuickAccess, anda dapat melihat maklumat perkhidmatan transit dengan lebih mudah.

Perkhidmatan Jadual & Tambang Semakan terakhir
Bas RapidKL Terkini [Jadual] [Tambang] 14 Nov 2012
Kelana Jaya Line Terkini [Jadual] [Tambang] 14 Nov 2012
Ampang Line Terkini [Jadual] [Tambang] 14 Nov 2012
KL Monorail Terkini [Jadual] [Tambang] 14 Nov 2012
KLIA Ekspres Terkini (external link) N/A
KLIA Transit Terkini (external link) N/A
KTM ETS Terkini [Jadual] [Tambang] 17 Oktober 2013
KTM Intercity Terkini [Schedule] [Fare] 14 Nov 2012
KTM Komuter Terkini [Schedule] [Fare] 14 Nov 2012

Maklumat penting dan panduan

Sila hubungi LANDASAN sekiranya ada maklumat yang tidak tepat.

Tanya soalan perjalanan anda hari ni di Forum TMY!

Transit Malaysia (TMY) Forum ialah sebuah platform forum untuk perbincangan dan soal jawab berkenaan pengangkutan awam di Malaysia. Para pengguna dialu-alukan untuk mengajukan pertanyaan anda di Forum TMY:

Pautan Forum:
transit.my/forum/index

Pendaftaran PERCUMA:
Daftar sebagai pengguna

Jadual Perjalanan KTM Intercity / ETS 2014 / 2015

Laman-laman berikut menyediakan maklumat TERKINI stesen keretapi dan juga jadual perjalanan bagi KTM Intercity (Antarabandar) dan juga ETS.

Klik pautan di bawah untuk maklumat stesen dan jadual ETS / KTM Intercity.

 

Senarai Perkhidmatan ETS / KTM Intercity

Tempahan tiket ETS secara dalam talian (online)

ETS Ticket Available Online (photo by KTM Berhad)

ETS Ticket Available Online (photo by KTM Berhad)

Berita baik untuk semua pengguna ETS! Kini, anda boleh membeli tiket ETS secara dalam talian (online) melalui laman e-Ticket KTMB.

Sila klik sini (Panduan dalam bahasa inggeris) untuk panduan membuat tempahan tiket ETS anda secara online melalui sistem e-Ticket KTMB.

Update: Click here for ETS Schedule for KL Sentral <-> Padang Besar Route

Cara parallel parking yang berkesan

Sering kali kita menghadapi masalah untuk meletak kereta secara selari (parallel), terutamanya di kawasan bandar kerana keadaan sesak dan juga kereta yang banyak lalu-lalang. Oleh itu, sangat penting untuk kita membuat parallel parking secepat dan seefektif mungkin agar kita tidak menimbulkan masalah kepada orang lain.

Tutorial berbahasa Inggeris ini menunjukkan cara parallel parking dengan berkesan, sesuai untuk sebahagian besar jenis kereta tidak mengira saiz besar seperti Honda Accord ataupun kecil seperti Perodua Viva. Selamat menonton!

Gangguan perkhidmatan KTM Komuter antara stesen Putra and Kuala Lumpur

Apa yang berlaku: Gangguan perkhidmatan KTM Komuter antara stesen Putra and Kuala Lumpur.

Mengapa: Kerja penyelenggaraan landasan antara stesen yang terlibat.

Bila: Sila lihat jadual di bawah.

Untuk melancarkan perkhidmatan bagi sektor ini, bas shuttle akan disediakan bagi stesen yang terlibat. Bas shuttle tersebut menyediakan perkhidmatan antara stesen KTM Komuter Kuala Lumpur dan Sentul.

Nota: Perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor Rawang ke Sungai Gadut tetap beroperasi seperti biasa.

NO.

TARIKH

NO.

TARIKH

22 .12.2012

9.

16.02.2013

23.12.2012

10.

17.02.2013

29.12.2012

11.

23.02. 2013

30.12.2012

12.

02.03.2013

05.01.2013

13.

03.03.2013

06.01.2013

14.

09.03. 2013

02.02.2013

15.

10.03.2013

03.02.2013

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian pusat panggilan KTMB di  1-300-8-5862.

Sumber berita: Laman web rasmi KTMB

Membeli tiket keretapi KTMB secara online

Logo KTM Berhad

Logo KTM Berhad

Anda kini boleh membeli tiket KTMB secara online sekarang. Laman e-ticket KTMB yang dahulunya ditutup selama beberapa bulan kini sudah boleh diakses.

Untuk maklumat lanjut berkenaan laman e-ticket KTMB anda boleh merujuk panduan pembelian e-ticket di sini.

RapidKuantan bakal dilancarkan

[14 November 2012] RapidKuantan dijangka akan memulakan operasi pada 1 Disember nanti.

Menurut Encik Zohari Sulaiman, Pengarah Divisyen Bas, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), kebanyakan warga kerja RapidKuantan menerima maklum balas positif daripada orang ramai walaupun perkhidmatan tersebut masih lagi belum dilancarkan. Kerja-kerja pengubahsuaian pejabat dan menaik taraf depoh bas di Semambu sedang giat dijalankan.

Menurut maklumat yang dipaparkan di laman web RapidKL, untuk fasa pertama, berkuatkuasa 1 Disember ini, RapidKuantan akan menyediakan perkhidmatan untuk tiga laluan : Terminal Makmur – Kolej Komuniti Gambang; Indera Mahkota 2 –Teluk Cempedak melalui Terminal Makmur ; dan Kompleks Mahkamah – Polisas Semambu melalui Terminal Makmur dengan menggunakan 32 bas. Laluan-laluan tambahan akan dibuat menjelang pertengahan tahun depan berdasarkan kepada input daripada Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Kuantan; dengan persetujuan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

sumber: Laman web RapidKL