Airtrain Newark, New Jersey, United States

Beberapa hari yang lepas, onetwenty telah mencuba sendiri pengalaman menaiki Airtrain Newark Liberty Airport di Newark, New Jersey. Menggunakan sistem monorel sepanjang 3 batu (4.8 km), Airtrain Newark menghubungkan Newark Liberty International Airport (EWR) dan juga laluan rel NJ Transit / Amtrak Northeast Corridor (NEC).

Sistem Airtrain ini berfungsi untuk menghubungkan terminal-terminal yang terdapat di lapangan terbang. Onetwenty pernah sampai ke JFK Airport dan di sana pun terdapat juga Airtrain. Onetwenty mendapati sistem Airtrain memang efisien dan memudahkan urusan mengangkut penumpang antara terminal. Harapnya nanti bila KLIA dah berkembang, akan wujud sistem seumpama ini. Barulah mudah pengguna nak bergerak ke sini ke sana.