Sektor pengangkutan terganggu ekoran hujan lebat di Lembah Klang

KUALA LUMPUR (15 November 2010) Hujan lebat di sekitar Lembah Klang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat dan kesesakan teruk jalan raya di kebanyakan jalan utama sekitar kawasan Kuala Lumpur sejak dari 4 petang.

Rangkaian jalan yang mengalami kesesakan teruk termasuklah Jalan Kuching, Jalan Duta, Jalan Tun Razak, dan sebahagian daripada Lebuhraya Persekutuan, termasuklah bahagian antara Angkasapuri dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Petaling Jaya ke Pusat Bandar.

Manakala bagi terowong SMART pula, keadaan trafik dilaporkan berada dalam keadaan biasa dengan semua laluannya dibuka untuk pengguna.

Berikutan keadaan hujan tersebut, perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang terganggu, termasuklah RapidKL Bus dan RapidKL Rail Kelana Jaya Line.

Seorang jurucakap dari RapidKL memaklumkan bahawa petir telah menyebabkan tren RapidKL Kelana Jaya Line gagal untuk berhenti di empat buah stesen utama iaitu Kampung Baru. Keadaan ini telah mengakibatkan kesesakan di stesen-stesen tersebut.

 

Sumber: TheStar, laman Twitter RapidKL

Tren penumpang tergelincir di Singapura

Tren Ekspres Rakyat KTMB (Singapore-Butterworth) telah tergelincir kira-kira 100 meter daripada stesen Bukit Timah, SIngapura pada pukul 8.17 AM hari Selasa. Ekoran kejadian ini, perkhidmatan KTM Antarabandar laluan Selatan telah mengalami gangguan.

Dalam insiden tersebut, tren Ekspres Rakyat tersebut sedang membawa 60 penumpang dari Stesen Tanjong Pagar, SIngapura. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Lihat berita penuh di sini.

Sumber: The Star, Malaysia.