JB Sentral

Logo KTM Berhad
Logo KTM Berhad

Johor Bahru Sentral atau JB Sentral ialah sebuah hab pengangkutan yang baru di Johor, Malaysia. Mempunyai konsep yang serupa dengan KL Sentral di Kuala Lumpur, JB Sentral meliputi kawasan seluas 79,000 meter persegi, hampir dua kali ganda lebih luas berbandingnya.

Maklumat Stesen

Stesen
JB Sentral
Koordinat1.463080, 103.764683
AlamatJalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
No. Telefon+603-2267 1200
Dibina
Dibuka
LaluanKTM Intercity
Platform
Parkir
Akses OKU
Surau
TandasUnknown

Jadual Perjalanan Tren

Klik butang di bawah untuk maklumat jadual perjalanan tren bagi stesen ini.

KTM ETS / Intercity / Komuter

Maklumat perjalanan tren terbaru khas untuk anda dari rakan kami di MYJadual.

Sumber

  • Jadual perjalanan tren: Laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)
  • Nombor telefon dan alamat: Laman web rasmi KTMB dan YellowPages Malaysia

Cadangan Anda Dialu-alukan!

LANDASAN mengandungi ratusan halaman dan kiriman yang mengandungi maklumat untuk kegunaan anda. Pihak kami komited dalam memastikan pelawat kami hanya menerima maklumat yang tepat dan terkini. Oleh itu, jika terdapat maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat, sila maklumkan kami melalui laman Hubungi Kami.

Laman ini dikemas kini pada Nov 19, 2010 @ 5:04 PM.

39 pandangan di “JB Sentral”

  1. Ingin bawa anak-anak menaiki keretaapi dari johor bahru ke kluang.
    1.stesen keretaapi johor bahru terletak di mana?
    2.jadual waktu dari jb ke kluang dan pulang balik dari kluang ke jb.
    3.harga bagi tiket.

    Sekian,terima kasih.

  2. pada 09 jun 12 jam 12:15 t/hari sy col stesen keretapi kempas baru mengenai waktu belepas dari jhb-kul-kul waktu yg ade tetapi sampai sekarang tiada jawapan diterima dari seorang staff lelaki?

  3. Bagaimanakah prosedur untuk menempahkan tiket dari JB ke Senai, untuk satu rombongan yang terdapat 36 bilangan murid-murid sekoalah rendah dan 4 orang guru pengiring.

  4. A’laikum..

    Soalan 1 – Berapa lama tempoh perjalanan dari JB Sentral ke KL Sentral.

    Soalan 2 – Train manakah yang tempoh perjalanannya paling pendek antara ke dua2 destinasi ini.

    1. Wa’alaikumussalam.

      Sila lihat maklumat mengikut jenis tren seperti di bawah untuk mencari tempoh perjalanan dan juga perjalanan paling pendek.

      ER 2 – Ekspres Rakyat
      SS 12 – Ekspres Sinaran Selatan
      SS 24 – Ekspres Senandung Sutera

      Terima kasih kerana menggunakan LANDASAN.

  5. saya ingin beri pandangan kenapa ktm tidak buat perjalanan setiap 1 atau 2 jam sekali dari JB Central ke Woodland, ini akan memudah orang ramai tidak perlu naik bas yang terlalu sesak, sekian terima kasih Mustaffa.

  6. Saya dan keluarga ingin melancong dengan menikmati keindahan panorama Malaysia melalui pengangkutan awam terawal di Malaysia iaitu KTM

    1. Jumlah peserta 7 dewasa 1 kanak-kanak (9 tahun) –
    4 orang pelajar sekolah dan 2 orang guru (jika ada potongan harga bagi pelajar dan
    kakitangan awam)
    2, Pergerakan dari JB Sentral ingin menuju ke Arau Perlis dan Alor Star
    Saya mahu tahu harga bagi 2 jenis perjalanan ini untuk membuat perbandingan.
    3. Tarikh bergerak 5 Disember 2014 bermula dari Sentral JB ke ( Arau Perlis dan Alor Star,
    Kedah)
    4. Jika perjalanan dari KL ke Utara melibatkan waktu malam saya perlukan tempat penginapan dalam KTM.

  7. Kepada pengguna anda boleh rujuk website seat61 pautan Malaysia untuk mengetahui harga tambang dan masa perjalanan bagi tren seluruh Malaysia. Selamat menikmati perjalan anda!

    p/s: pihak landasan dan ktmb mungkin terlalu sibuk untuk menjawab semua persoalan, jadi apa kata kalau anda cari2 di google dulu. #support

Tinggalkan Balasan