Mengenai kami

Sesuai dengan namanya, LANDASAN diwujudkan untuk menjadi peneraju penyedia maklumat bidang pengangkutan, khususnya bagi sektor penerbangan dan rel di Malaysia.

Diasaskan pada 05 Mei 2010, LANDASAN masih lagi meniti usia setahun jagungnya dalam arena maya ini. Semoga dengan sokongan para pembaca dan juga krew-krew LANDASAN sendiri, LANDASAN mampu menjadi trendsetter dalam penyedia maklumat sektor pengangkutan di Malaysia menjelang tahun 2015.

Objektif

LANDASAN wujud sebagai mengisi segmen pengangkutan di Malaysia dan memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan informasi berkenaan sektor pengangkutan di Malaysia dalam Bahasa Melayu.

Skop

Sektor pengangkutan dengan lebih penekanan diberi kepada maklumat perkembangan sektor tersebut di Malaysia.

Krew LANDASAN

Sesiapa yang berminat menjadi krew LANDASAN dan membantu pihak kami menyediakan maklumat yang bermutu kepada pembaca, anda dialu-alukan menghubungi LANDASAN di info[at]landasan[dot]info.

Nota dari pihak LANDASAN

Sekiranya anda mendapati ada maklumat yang dipaparkan dalam LANDASAN adalah tidak benar, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami untuk urusan pembetulan di info[at]landasan[dot]info.

6 pandangan di “Mengenai kami”

Tinggalkan Balasan