AB Express

Your ads will be inserted here by

Easy AdSense.

Please go to the plugin admin page to
Paste your ad code OR
Suppress this ad slot OR
Suppress Placement Boxes.

AB Express ialah salah sebuah syarikat pengusaha bas di Malaysia. AB Express terkenal dengan bas dua tingkatnya kerana syarikat ini merupakan antara syarikat pelopor pengangkutan menggunakan bas dua tingkat (double-decker) di Malaysia. Walaupun imejnya sedikit tercalar apabila berlaku satu kemalangan ngeri di Rawang beberapa tahun dahulu, namun syarikat bas ini masih lagi beroperasi hingga sekarang.

AB Express (Jitra)

  • Alamat: Kabin Kaunter Ab Express, Jln Jitra, Taman Mahsuri, 06000 Jitra, Kedah
  • No. telefon: 04-917 5130

AB Express (Shahab Perdana, Kedah)

  • Terminal Bas Shahab Perdana, Jln Sultanah, 05150 Alor Setar, Kedah
  • 04-730 1130

AB Express (Kangar, Perlis)

  • Stesyen Bas Ekspress, Jln Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis
  • 04-977 9584

Reviu

oleh onetwenty

Saya pernah menggunakan perkhidmatan bas ini bagi perjalanan Kangar ke Shah Alam pada bulan Disember 2008.

Pembelian tiket agak mudah, iaitu melalui ejen tiket di Kangar dan kemudiannya saya telah diberikan tiket yang sebenar ketika di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar. Walau bagaimanapun, tiketnya tidaklah secantik tiket bas Plusliner.

Penumpang boleh meletakkan bagasi mereka di bahagian belakang bas. Keselesaan tempat duduk penumpang juga nampaknya diberikan keutamaan oleh AB Express. Kerusi-kerusinya boleh dikatakan lebih baik daripada kebanyakan bas Transnasional yang pernah saya naiki.

Pada harga RM 53.00, tidak banyak kelebihan yang anda dapat berbanding dengan bas Transnasional (juga konfigurasi 2+1) yang cuma berharga RM 45.00.

Konklusi: Reputasi syarikat bas yang kurang baik, dan juga harga daripada pesaing yang lebih berbaloi – lebih baik anda memilih perkhidmatan yang lebih tinggu mutunya.

8 thoughts on “AB Express”

    1. Saya tidak tahu mengapa bas itu tidak datang ke Parit Buntar, Perak. Mungkin saudara dapat mangajukan soalan ini terus kepada pihak pengurusan AB Express.

  1. I forgot my back bag in the AB Express bus in Putrajaya Central station during my trip from changloon to putrajaya central. The trip wan on last Thursday 10/11/2011, leaving from changloon at 10 pm and it arrived putrajaya central Friday morning, then, I forgot to take my back bag. May u help me leaving it at putrajaya central please because I live in cyberjaya. or how can i get it. Thank u for your kind help.

    H/p: 012 256 8602 Mohammed Awad

  2. Saya telah menggunakan perkhidmatan AB Express dari Nilai ke Alor Setar. Di sini saya ingin membuat sedikit aduan atau laporan mengenai perjalanan saya. Pada malam perjalanan tersebut, pemandu/pekerja bas ini telah mengarahkan seorang penumpang untuk berpindah ke tempat duduk lain dengan alasan terdapat sekumpulan “duta” yg akan menaiki bas, dan mereka tidak boleh berpisah tempat duduk. Malangnya, pemandu/pekerja bas tersebut telah menggunakan cara yang tidak sepatutnya semasa mengarahkan penumpang tersebut bertukar tempat duduk. Pekerja tersebut menggunakan perkataan yg kasar dan tidak sedap didengar. Saya yg melihat insiden tersebut turut berasa agak tidak selesa dan mood “balik kampung” saya terus hilang!!

    Memang tidak dapat dinafikan mengikut terma & syarat yg disediakan oleh pihak bas membolehkan mereka mengarahkan mana-mana penumpang untuk berpindah tempat duduk. Namun, pihak bas haruslah menggunakan cara yg sepatutunya dan bukannya dengan cara caci-maki. Mujurlah penumpang yg diarahkan berpindah tempat duduk itu seoorang lelaki. Bayangkan jika dia seorang perempuan dan dia perlu berpindah ke tempat duduk lain yg mana seat di sebelahnya ialah lelaki. Secara jujurnya, saya sendiri tidak mahu bersebelahkan orang yg berlainan jantina di dalam bas.

    Dengan ulasan saya yg agak panjang lebar ini, saya berharap agar pihak pengurusan bas boleh mengambil iktibar dan memantapkan lagi mutu perkhidmatan bas. Terima kasih..

    1. Saudari Ida,

      Terima kasih atas maklum balas saudari. Kebanyakan pelawat LANDASAN ialah orang-orang yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dan semuanya memerlukan maklum balas yang telus daripada pengguna seperti saudari.

      Kami di pihak LANDASAN juga merupakan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia, justeru amat perlu untuk kita semua berkongsi pengalaman masing-masing di sini. Sekiranya reviu pengguna yang diberikan positif, ianya merupakan berita baik untuk pengguna lain dan juga penyedia perkhidmatan itu sendiri. Jika reviu pengguna itu negatif, harapnya pihak penyedia perkhidmatan bas dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka di masa hadapan untuk mengelakkan komen negatif daripada para pengguna di masa hadapan.

      Terima kasih atas bantuan saudari dalam memberikan maklum balas, kami sentiasa menantikan maklum balas perkhidmatan daripada saudari di masa akan datang.

      LANDASAN

  3. Mohon pihak pengurusan mengingatkan para pemandu untuk berhenti di R&.R jika perjalanan melepasi waktu solat terutama waktu Subuh,kerana waktu lain kmungkinan blh di jamakkan. Kebanyakkan penumpang adalah muslim..harap pihak AB EXPRESS ambil perhatian.

Leave a Reply

Road, rail, runway and beyond

%d bloggers like this: