KLIA Ekspres / Transit

Express Rail Link (ERL) ialah sambungan rel yang menghubungkan KL Sentral di Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor.

KLIA Ekspres Front
KLIA Ekspres Front

Terdapat dua perkhidmatan yang menggunakan ERL, iaitu KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Operasi KLIA Ekspres dan KLIA Transit bermula sejak 14 April 2002.

KLIA Ekspres

Menawarkan perkhidmatan pengangkutan rel tanpa henti antara KL Sentral dan KLIA, KLIA Ekspres merupakan kaedah pengangkutan paling cepat untuk ke KLIA. Walaupun tambangnya dikatakan sedikit mahal, namun KLIA Ekspres tetap mendapat tempat di hati pengguna lantaran tempoh masa singkat yang diambil untuk perjalanannya.

Klik sini untuk jadual perjalanan KLIA Ekspres.


KLIA Transit

KLIA Transit pula secara asasnya sama seperti KLIA Ekspres, cuma KLIA Transit akan berhenti di beberapa stesen sepanjang perjalanannya.

Klik sini untuk jadual perjalanan KLIA Transit.


Tren (Rolling Stock)

KLIA Ekspres dan KLIA Transit menggunakan EMU Desiro ET 425 M. Klik pautan berkenaan untuk keterangan lanjut berkenaan EMU tersebut.

Tinggalkan Balasan