Ekspres Senandung Langkawi (SL 20, SL 21)

Logo KTM Berhad

Logo KTM Berhad

Ekspres Langkawi ialah laluan perjalanan tren ekspres KTM yang menghubungkan negeri-negeri di utara semenanjung Malaysia dan Kuala Lumpur. Perkataan “Ekspres” pada Ekspres Langkawi bermaksud perkhidmatan ini hanya akan berhenti di stesen-stesen utama sahaja. Antara stesen yang popular di kalangan pengguna ialah Stesen Arau, Alor Setar, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Ipoh, Sungai Buloh, dan KL Sentral.

Terdapat dua laluan untuk Ekspres Langkawi, iaitu SL 20 (KL Sentral ke Hat Yai) dan SL 21 (Hat Yai ke KL Sentral).

Klik sini untuk Jadual Perjalanan KTM Intercity Senandung Langkawi

Sumber

  • Jadual perjalanan: Laman rasmi KTMB

Pembetulan / penambahan maklumat

LANDASAN mengandungi beratus-ratus laman yang memaparkan maklumat untuk kegunaan anda. Oleh itu, ada antara laman yang tidak lengkap atau mungkin mengandungi kesalahan. Pihak LANDASAN sentiasa berusaha untuk memastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan terkini. Sekiranya anda mendapati ada maklumat yang boleh anda tambah atau betulkan, sila maklumkan LANDASAN melalui laman “Hubungi kami”

Anda ada soalan untuk ditanya?

Sebelum meninggalkan soalan anda di ruangan komen, pihak LANDASAN ingin mengesyorkan anda untuk membaca halaman “Soalan Lazim (FAQ)” kami dahulu.

Dikemas kini pada 18 September 2014.

41 thoughts on “Ekspres Senandung Langkawi (SL 20, SL 21)

  1. norshidah

    boleh maklumkan saya untuk perjalanan ke sungai petani kedah, keretapi yang ada bilik (seperti hotel) berapa harga tiket, berapa orang boleh masuk dan pejalanan berapa lama?

    Reply
    1. asmayati

      boleh maklumkan saya untuk perjalanan dari sungai petani ke kl sentral, keretapi yang ada bilik (seperti hotel) berapa harga tiket, berapa orang boleh masuk dan pejalanan berapa lama?

      Reply
      1. sazzie

        Bole cek kt laman web ktm. Kalau xsilap dr sg petani ke kl rm90++. Kalau katil biasa, coach pnjg tu, rm48

        Reply
  2. muhammad syafiq bin bokhari

    nak tanya dalam satu gerabak katil ada berape katil?
    Kalau nak sewa untuk satu gerabak macam mane?

    Reply
  3. Eday

    Saya ini pelajar IPT , saya ingin bertanya stesen mana yang dekat dengan pekan Jitra , Kedah yang boleh saya ambil KTM untuk ke KL Sentral dan berapakah bayarannya ?

    Reply
  4. roslina rashid

    ingin bertanya, adakah perjalanan dari johor ke ipoh and vice versa tanpa menukar train di KL? Bagaimanakah jadual perjalanannya?

    Reply
  5. iriswb

    Salam, boleh bagi nombor utk buat pertanyaan? Saya nak ke Sg. Petani dari KL Sentral, jadi jadual kat atas tu maknanya masa KTM ni bertolak dari stesen tersebut kan?

    Reply
  6. mohd farhaen nadzri

    kalau dari alor setar ke kl sentral ambil masa berapa lama dan harga tiket berapa? Lagi 1 jadual pelepasan sentiasa sama atau berubah ubah?

    Reply
    1. LANDASAN Post author

      Jadual pelepasan sentiasa dikemas kini. Kali terakhir saya menyemaknya ialah kira-kira sebulan lepas. Walaupun sudah lama waktu tidak berubah, tetapi jadual masih lagi sama.

      Reply
  7. Donn abdullah

    Salam buat semua kaki tangan ktm, saya dari singapore ingin ke langkawi menaiki kereta api ktm tapi saya kurang faham di setesen mana paling terdekat dari singapore? Saya sangat2 perlu keterangan tuan dan berapa tambang nya dan jadual nya sekali? T.kaseh

    Reply
    1. LANDASAN Post author

      Saudara boleh menggunakan Woodlands Train Checkpoint (WTCP) dan menaiki tren ke KL Sentral kemudiannya menaiki Ekspres Senandung Langkawi ke stesen Arau.

      Reply
  8. Anak Jin

    Salam…

    Saya nak ke Langkawi…Berapakah tambang drp KL Sentral – Arau? Kelas ADNS…
    Jam berapa bertolak dr KL Sentral?

    Dan jam berapakah waktu bertolak dr Arau – KL Sentral?

    Reply
  9. ainy

    Saya nk pergi hatyai 17/1/14.. Tarikh paling awal untuk saya beli tiket berapa hari bulan?sedia mklum 2bulan awal..tp saya ingin kepastian sama ade awal buln 11 saya dh boleh beli tiket atau pun 11/11/13 baru boleh beli? Tq

    Reply
  10. Latifah binti Abd latif

    Jadual perjalanan Dari kl sentarl ke Padang besar pada 6 dis 2013 jam 5.30 pg cam mane nak book untuk kabin n ape beza superior dan kabin 2 katil. Saya seramai 5 org.

    Reply
  11. oj

    saya nk tnya kl sentral ke alor setar berapa harga dan berapa lame , and kalu saya ingin sewa bilik brapa harga plak ? please reply …

    Reply
  12. Umie

    Kenapa call centre reject my call??? N then e-ticket really not help me to purchase d ticket which there show me still have seat available but when i go in all is red

    Reply
  13. azahir

    saya nak tanya mengapa tiket keretapi hanya boleh di beli di stesen saja … ada tak agen agen yang di lantik supaya memudahkan pengguna membeli tiket … TQ

    Reply
  14. aisyah

    Saya pelajar ikbn kuala kubu baru. Kalau saya nak balik ke arau stesen mana yang perlu saya naik.dan masih ada kah lagi tiket ke arau pada 4hb april ini. Dan di mana saya boleh beli tiket tersebut.t.kasih.

    Reply
  15. Suraya

    saya pelajar baru yang mendapat tempat di Matrikulasi Kulim, Boleh beritahu saya stesen mana yang paling dekat dengan kulim. Terima Kasih.

    Reply
  16. Ziana

    Saya nak tanya tentang perjalanan dari IPoh untuk malam ini iaitu 24 Julai 2014 (Khamis) ke |Butterworth…. kena naik pukul berapa? dan masih ada tiket ke?

    Reply

Leave a Reply