Tempahan tiket ETS secara dalam talian (online)

ETS Ticket Available Online (photo by KTM Berhad)
ETS Ticket Available Online (photo by KTM Berhad)

Berita baik untuk semua pengguna ETS! Kini, anda boleh membeli tiket ETS secara dalam talian (online) melalui laman e-Ticket KTMB.

Sila klik sini (Panduan dalam bahasa inggeris) untuk panduan membuat tempahan tiket ETS anda secara online melalui sistem e-Ticket KTMB.

Update: Click here for ETS Schedule for KL Sentral <-> Padang Besar Route

Gangguan perkhidmatan KTM Komuter antara stesen Putra and Kuala Lumpur

Apa yang berlaku: Gangguan perkhidmatan KTM Komuter antara stesen Putra and Kuala Lumpur.

Mengapa: Kerja penyelenggaraan landasan antara stesen yang terlibat.

Bila: Sila lihat jadual di bawah.

Untuk melancarkan perkhidmatan bagi sektor ini, bas shuttle akan disediakan bagi stesen yang terlibat. Bas shuttle tersebut menyediakan perkhidmatan antara stesen KTM Komuter Kuala Lumpur dan Sentul.

Nota: Perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor Rawang ke Sungai Gadut tetap beroperasi seperti biasa.

NO.

TARIKH

NO.

TARIKH

22 .12.2012

9.

16.02.2013

23.12.2012

10.

17.02.2013

29.12.2012

11.

23.02. 2013

30.12.2012

12.

02.03.2013

05.01.2013

13.

03.03.2013

06.01.2013

14.

09.03. 2013

02.02.2013

15.

10.03.2013

03.02.2013

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian pusat panggilan KTMB di  1-300-8-5862.

Sumber berita: Laman web rasmi KTMB

Membeli tiket keretapi KTMB secara online

Logo KTM Berhad
Logo KTM Berhad

Anda kini boleh membeli tiket KTMB secara online sekarang. Laman e-ticket KTMB yang dahulunya ditutup selama beberapa bulan kini sudah boleh diakses.

Untuk maklumat lanjut berkenaan laman e-ticket KTMB anda boleh merujuk panduan pembelian e-ticket di sini.

Pengumuman KTMB: Perkhidmatan Tambahan KTM Komuter

KTM Komuter sebelum ini beroperasi pada kekerapan 30 minit pada waktu biasa dan 15 minit bagi waktu puncak, bermula pada pukul 5:00 petang.

Sepanjang bulan Ramadan, pihak KTMB akan memulakan kekerapan 15 minit bermula pada pukul 4:00 petang, sejam lebih awal daripada biasa.

Pertambahan kekerapan tren ini berkuatkuasa sepanjang bulan Ramadan, pada hari minggu (Isnin hingga Jumaat) sahaja.

Antara pertambahan kekerapan tren setiap 15 minit untuk laluan Batu Caves – Klang dan Bangi – Sungai Buloh adalah seperti berikut:

 

1. Laluan Batu Caves – Klang

  • Berlepas dari stesen Batu Caves pada 3.55 petang;
  • Berlepas dari stesen Klang pada 4.10 petang.

 

2. Laluan Bangi – Sungai Buloh

  • Berlepas dari stesen Bangi pada 3.48 petang;
  • Berlepas dari stesen Sungai Buloh pada 4.16 petang.
  • Manakala bagi laluan Rawang – Tanjung Malim, kekerapa tren akan disingkatkan dari 60 minit ke 40 minit.

 

3. Laluan Rawang – Tanjung Malim

  • Berlepas dari stesen Rawang pada 6.10 pagi;
  • Berlepas dari stesen Tanjung Malim pada 7.15 pagi.

 

Nota: Dipetik dan diadaptasi daripada Laman Web Rasmi KTMB.

Jadual KTM Antarabandar – berkuatkuasa 1 Ogos 2010

UPDATE: Untuk jadual terkini KTM Intercity (KTM Antarabandar), sila klik sini.

Bermula 1 Ogos 2010, perkhidmatan tren antarabandar KTM akan dijadualkan semula. Sektor yang terlibat ialah sektor Timur, Utara dan juga Selatan.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk fail PDF berkenaan dan juga sini untuk maklumat lanjut berkenaan KTM Antarabandar di LANDASAN.

Bermula pada tarikh tersebut juga, tren KTM tidak lagi akan berhenti di Stesen Kuala Lumpur (KLO – KL Old Railway Station) dan penjualan tiket di sana akan diberhentikan.

KEMAS KINI 14 OKTOBER 2012: Lihat laman Jadual Perjalanan KTM Intercity untuk mengetahui tentang jadual perjalanan KTM Intercity.

SR21 – Ekspres Langkawi: Hat Yai ke KL Sentral

  1. Hat Yai 1700 hrs
  2. Padang Besar
  3. Arau – 1900 hrs
  4. Alor Setar
  5. Sungai Petani
  6. Bukit Mertajam
  7. Taiping
  8. Ipoh
  9. Tanjung Malim
  10. Rawang
  11. KL Sentral – 0536 hrs (+1 day)

*the schedule is still incomplete, pending further information.

KTMB gets a new chairman

This news article is taken from Utusan Online.

Ir. Mohd. Zin Pengerusi KTMB baru

16/11/2009 10:43am

KUALA LUMPUR 16 Nov. — Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantikan Tan Sri Lim Ah Lek berkuatkuasa 1 Oktober lepas.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat KTMB hari ini, pelantikan itu dibuat Kementerian Kewangan untuk tempoh dua tahun.

Mohd. Zin yang juga Anggota Parlimen Sepang, Selangor, pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam syarikat-syarikat terkemuka di negara ini termasuk anggota Lembaga Pengarah untuk Perbadanan Putrajaya dan Telekom Malaysia Berhad.

Beliau memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan awam peringkat sarjana dari Universiti Bradley, Peoria, Amerika Syarikat dan jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia selain Ahli Persatuan Jurutera Awam Amerika Syarikat.

Penglibatan politik beliau bermula pada 1986 dan dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk penggal kedua dan Ketua UMNO Bahagian Sepang sejak 2004 selain menjawat jawatan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC).

Mohd. Zin merupakan Presiden Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya dari 2004 hingga 2008. – Bernama

I would like to congratulate Datuk Seri for his appointment as the new KTMB Chairman. Eh, why KTMB frequently changes its chairman? KTMB is in the midst of transformation now, and I believe they are doing their best in order to give the company a brighter future. In my opinion, frequent changing of a leader is not really a good practice.